Pejabat ADUN Kadamaian serah sumbangan touchpoint kelahiran kepada penduduk Kadamaian
20 Januari 2025
KOTA BELUD: Pejabat ADUN Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan touchpoint kelahiran kepada tiga penerima bagi membantu meringankan beban mereka yang bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
Sumbangan pertama diserahkan oleh kakitangan pejabat ADUN Kadamaian, Shainim Epin, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick kepada adik Ethan David yang diwakili oleh bapanya, David Taisin, dari Kampung Soronsob Taginambur, Kota Belud.
Penerima kedua, adik Bernard Danyson Danie, turut menerima sumbangan tersebut yang diwakili oleh bapanya, Danie Bakain, dari Kampung Tekulung, Kota Belud.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil.
Penerima ketiga, adik Francesco Savio George berasal daripada Kampung Telungan yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telungan, Losuin Kolias.
Menurut David, sumbangan tersebut amat bermakna dalam membantu persediaan mereka menghadapi kehadiran ahli keluarga baharu.
Comments