top of page

Pekan baru Melalap akan dibangunkan oleh SUDC

  • nabalunews
  • Mar 28
  • 1 min read


28 Mac 2025


TENOM: Pembangunan pekan baru Melalap yang sudah sekian lama dinanti-nantikan penduduk di kawasan ini akan dibangunankan Sabah Urban Development Corporation (SUDC) dalam masa terdekat.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUDC Afizal Aldin berkata, SUDC yang merupakan salah satu daripada agensi pembangunan hartanah yang bernaung dibawah kerajaan negeri sudah bersiap sedia membangun pekan Melalap.


"Kita telah mengadakan mesyuarat dengan Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah berhubung pembangunan pekan tersebut" katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Hidayah Lagud pada Selasa.


Katanya, pihak SUDC akan membantu dan bersedia untuk membantu Majlis Daerah untuk melaksanakan projek pekan baru Melalap.


"Keluasan tanah lebih kurang 9.9 ekar untuk tapak pembangunan pekan sudah sudah diperolehi" jelasnya.


Menjawab soalan lain Afizal berkata, bilangan lot kedai yang akan dibangunkan masih dalam kajian lagi.


Begitu juga katanya, dengan kos pembangunan belum lagi diketahui berapa kosnya.


"Kita akan bermesyuarat untuk kali yang kedua atau ketiga barulah kita tentukan berapa banyak lot kedai yang akan kita bina dan anggaran kosnya" katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page