top of page

PEKEBUN KECIL GETAH BOLEH TUNTUT IPG NOVEMBER MULAI 1 DIS

nabalunews

2 Disember 2020

KUALA LUMPUR: Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan November 2020 mulai 1 hingga 31 Dis, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).


LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG bagi bulan November 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 0.05 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 30 sen dan 25 sen sekilogram.


"Pada bulan November 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram getah sekerap adalah RM2.45 untuk Semenanjung, RM2.20 untuk Sabah dan RM2.25 untuk Sarawak," kata lembaga itu.


Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM. - Bernama


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page