Pekerja maut terkena renjatan elektrik
- nabalunews
- Jan 15
- 1 min read

15 Januari 2025
MEMBAKUT: Seorang lelaki berusia 19 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan talian internet di Kampung Sinoko, Jalan Bambangan, petang semalam.
Menurut rakan mangsa, insiden berlaku ketika mangsa berada di tiang elektrik.
Mangsa segera dibawa ke hospital oleh rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas di hospital.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis menerima panggilan kecemasan pada jam 4:20 petang dan tiba di lokasi 20 minit kemudian. Operasi diketuai oleh PBK II KUP Shahrul Bin Suhaili bersama lima anggota.
Pasukan bomba memastikan kawasan kejadian selamat sebelum menamatkan operasi pada jam 5:12 petang.
Comments