top of page
nabalunews

Pelaburan diluluskan RM254 billion di Malaysia sehingga September bukti keyakinan pelabur



12 Disember 2024

KUALA LUMPUR: Pelaburan diluluskan berjumlah RM254.7 bilion dalam sembilan bulan pertama tahun ini di Malaysia membabitkan 4,753 projek yang dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Dalam satu kenyataan hari ini, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan pelaburan 10.7 peratus tahun ke tahun dan pewujudan lebih 159,000 peluang pekerjaan menggambarkan rangka kerja strategik Malaysia dan usaha bersepadu kerajaan untuk menarik pelaburan berimpak tinggi bagi pertumbuhan mampan.


Katanya konsistensi dasar dan kebolehsuaian Malaysia telah menggalakkan pelabur untuk melaksanakan komitmen jangka panjang dan melengkapkan negara dengan kapasiti untuk mengemudi cabaran global yang sentiasa berubah.


"Malaysia..dalam perjalanan mencapai matlamat kami untuk menjadi salah satu daripada 30 negara global teratas menjelang 2033, Kerajaan MADANI kekal dalam komitmennya untuk memupuk persekitaran supaya pelabur domestik dan antarabangsa boleh berkembang maju.


"Fokus kami melangkaui pencapaian sasaran pelaburan; kami meletakkan asas untuk ekonomi mampan dan inklusif yang akan memperkasakan semua rakyat Malaysia," kata Tengku Zafrul.


Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata agensi itu komited untuk memastikan pelaburan ini diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.

Comments


bottom of page