top of page

Pelajar UNITAR Terima Sumbangan ADUN Kadamaian Untuk Program Khidmat Masyarakat

nabalunews

21 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kumpulan Pelajar daripada UNITAR International University menerima sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, bagi menjayakan program khidmat masyarakat yang akan mereka laksanakan.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada Patrick Situh, wakil Pengerusi Pelaksanaan Program, Nurhasanahtul Aiman.


Menurut Patrick, sumbangan ini bertujuan untuk didermakan semula kepada Rumah Anak Yatim Kingfisher Kota Kinabalu sempena lawatan pelajar untuk melaksanakan aktiviti kebajikan sebagai sebahagian daripada projek kursus Khidmat Masyarakat mereka.


Nurhasanahtul menjelaskan, lawatan dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2025, di mana pelajar akan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan selama sehari.


Program ini bukan sahaja memenuhi keperluan akademik mereka tetapi juga bertujuan memberikan kegembiraan dan sokongan kepada penghuni rumah anak yatim tersebut.


Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuk permainan interaktif seperti 'Charades', 'Faster Question', 'Focus Jump', dan permainan puzzle. Selain itu, aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan turut dirancang bagi memastikan persekitaran rumah anak yatim lebih bersih dan selesa.


Pihak penganjur melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Ewon, yang disifatkan sebagai tanda sokongan kepada usaha murni pelajar dalam menjalankan tanggungjawab sosial.


“Kami sangat berterima kasih kepada Ewon atas sumbangan ini. Ia benar-benar membantu kami dalam melaksanakan program ini dengan lancar, di samping memberi manfaat kepada komuniti yang memerlukan,” ujar Nurhasanahtul.


Program khidmat masyarakat seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, tetapi juga memupuk nilai empati dan keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.


Pihak penganjur berharap agar program ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk tampil menyokong usaha kebajikan di masa akan datang.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page