top of page
  • nabalunews

Pelancong Kazakhstan dikhuatiri lemas di Tuaran, ditemui selamat

5 September 2024


TUARAN: Seorang pelancong lelaki warga Kazakhstan yang sebelum ini dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai sebuah pusat peranginan di sini, berjaya diselamatkan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Muhammad Nor Amit berkata pelancong berumur 69 tahun itu berjaya ditemukan oleh kakitangan pusat peranginan dalam keadaan separuh sedar dan dikejarkan ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.


Katanya, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.19 pagi.


“Kejadian melibatkan seorang lelaki warganegara Kazakhstan yang dikhuatiri lemas ketika sedang menjalankan aktiviti mandi- manda di pantai.


“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa setibanya di lokasi,” katanya.


Beliau berkata, selepas mangsa berjaya ditemui, dia dikejarkan Hospital Tuaran menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut.


Operasi bomba ditamatkan sepenuhnya jam 9 pagi.

Comments


bottom of page