top of page
Writer's pictureMarryan Razan

Pelawat lengkap vaksinasi boleh melawat Taman-Taman Sabah



10 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah (TTS) kini membenarkan pengunjung yang lengkap vaksin melawat semua taman atau sub-stesen di bawah kendalian TTS


Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook Sabah Park, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah buat masa ini tidak dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu atau Puncak Bohey Dulang (Taman Marin Tun Sakaran, Semporna), manakala pelawat berumur 70 tahun ke atas juga tidak digalakkan.


“Ibu bapa atau penjaga yang lengkap vaksin juga boleh membawa kanak-kanak berumur 12 tahun masuk ke kawasan TTS.


“Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun dibenarkan mandi di kolam terbuka (air panas)/ tertutup (enclosed bathtub) di stesen mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu.


“Bagaimanapun mereka masih tidak dibenarkan mandi di 'slide pool' dan 'rock pool' buat sementara waktu,” menurut kenyataan itu.


Prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian TTS dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua dikemaskini pada 5 Oktober lalu.


Selain itu, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah juga tidak digalakkan untuk "dine in" di restoran dalam kawasan TTS.


Semua pengunjung atau pelancong diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah dan Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 serta arahan Pengarah/Pengurus Taman/Pegawai Taman yang diberi kuasa dari masa ke semasa.

Comments


bottom of page