top of page

Pelbagai Makanan Sejuk Beku Bernilai RM4.57 Juta Dirampas.

nabalunews

9 Mac 2025


KOTA KINABALU: Seramai 16 individu ditahan bersama pelbagai makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dalam sembilan serbuan Op Taring Chiller di seluruh negeri, kelmarin.


Operasi bersepadu yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah itu disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Antara jenis makanan yang berjaya dirampas ialah daging ayam, itik daging lembu, ikan, sotong serta beberapa produk sejuk beku lain bernilai keseluruhan RM4.57 juta.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, sebanyak sembilan serbuan dilaksanakan di beberapa daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Keningau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.


“Operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh negeri menahan seramai 16 individu iaitu 11 lelaki dan empat wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia.


“Antara kesalahan yang dikesan ialah mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015, Akta Makanan 1983 Peraturan 38(1)(G) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan 38(1) Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan makanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi Taring Chiller ini dijalankan bagi memastikan masyarakat setempat sentiasa memperolehi bekalan makanan sejuk beku yang sihat serta selamat.


“Selain itu, produk sejuk beku yang telah mendapat status halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).


Beliau berkata, operasi ini juga dijalankan bagi mengekang kemasukan produk sejuk beku yang diseludup masuk dari negara luar.

Sehubungan itu, katanya polis melalui PGA secara khususnya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan penuh tanggungjawab dan profesional demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.


“Polis juga mengharapkan supaya orang awam dapat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menghulurkan segala jenis maklumat.


“Ini termasuk kes-kes penyeludupan yang berlaku di sekitar kawasan masing-masing bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana elemen aktiviti haram penyeludupan dan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page