top of page

Pemandu dan Kelindan Lori Maut

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

23 April 2025


KOTA KINABALU: Dua maut selepas lori dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang jejambat dalam kejadian di persimpangan bertingkat Indah Permai, Jalan Sepanggar, di sini, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di kabin pemandu lori.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.23 petang.



Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.


“Kemalangan membabitkan sebuah lori enam tan dan sebuah motosikal jenis Honda Vario. Pemandu dan kelindan lori tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas.


“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Manakala penunggang motosikal yang parah sudah dihantar ke hospital oleh pasukan perubatan KKM untuk rawatan lanjut.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 petang,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page