top of page

Pemandu lori 10 tan sudah ditahan untuk siasatan

nabalunews

28 Februari 2025


PENAMPANG: Pemandu lori 10 tan yang merempuh 14 kenderaan dalam kejadian kemalangan di Jalan Duvanson, berhampiran SK Tansau, Putatan, di sini, pagi tadi, sudah ditahan untuk siasatan.


Ketua Polis Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, lelaki warga asing berusia 56 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori dipercayai hilang kawalan sehingga melanggar 14 kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan kiri dan kanan serta bahu jalan berhadapan SK Tansau, Putatan.

“Akibat daripada kemalangan itu, seorang pemandu kenderaan yang dilanggar mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.


“Siasatan masih dijalankan dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Azmi Adamb di talian 012-8434330.

Sementara itu, Sammy menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.


Selain itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi, lori 10 tan yang dipandu warga asing terbabit merempuh beberapa kenderaan yang parkir di tepi jalan berkenaan.


Sebuah kenderaan yang dirempuh dari belakang dilaporkan rosak teruk sehingga terbalik di atas jalan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page