top of page

Pemandu maut, kereta masuk gaung

nabalunews

12 Mac 2025


TAWAU: Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya terbabas ke gaung dalam kejadian di Batu 38, Jalan Kalabakan, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke gaung sedalam 30 meter disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 165 kilometer dari balai bomba.


“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter.


“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu terlibat dalam kemalangan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya membantu mengangkat mayat mangsa menggunakan ‘Jungkin Stretcher’ sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page