top of page

Pemandu maut kereta terbabas langgar pokok

nabalunews



25 Februari 2025


SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sendiri sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Batu Sapi, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 45 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa memandu bersendirian jenis kereta Ford Ranger.


Katanya, sebelum kejadian mangsa bergerak dari arah pusat bandar menuju ke kawasan Batu Sapi.


“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke tengah jalan.


“Kenderaan mangsa kemudiannya melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Duchess Of Kent untuk proses bedah disiasat.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page