top of page

Pemandu tersepit, dua cedera dalam memalangan di Jalan Lintas

nabalunews


26 Mac 2025


KOTA KINABALU: Seorang pemandu mengalami patah kaki selepas tersepit, manakala seorang penumpang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lori treler dan Nissan Urvan di Jalan Lintas, awal pagi tadi.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 5:16 pagi, sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.


“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah Nissan Urvan yang bertembung.


“Dua mangsa terlibat, iaitu pemandu dan penumpang Nissan Urvan.


“Pemandu tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, manakala penumpang mengalami kecederaan ringan,” kata Pegawai Operasi, PBK II Redion Lai.


Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 6:32 pagi.


Mangsa yang cedera, seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengalami patah kaki dan seorang wanita berusia 61 tahun dengan kecederaan ringan, telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.


Operasi ini melibatkan empat anggota BBP Putatan dengan sebuah jentera (CFRT-1), serta bantuan daripada lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga petugas KKM.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page