top of page

Pemasangan batang paip di laluan sungai Pudolon adalah sementara: Shahelmey

  • nabalunews
  • 8 minutes ago
  • 1 min read


Beginilah keadaan paip yang dipasang di laluan sungai yang didakwa oleh penduduk berisiko akan putus jika banjir.
Beginilah keadaan paip yang dipasang di laluan sungai yang didakwa oleh penduduk berisiko akan putus jika banjir.

23 April 2025


TENOM: “Pemasangan batang paip di laluan Sungai Pudolon Kampung Pulong adalah sementara,” kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.


Katanya, paip ini adalah bersifat sementara untuk memberi bekalan air bersih kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir baru-baru ini yang menyebabkan banyak paip pecah.


Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III berkata, pemasangan paip ini dibuat sementara atas sebab Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak benarkan Jabatan Air korek di bahu jalan kerana dikuatiri akan merosakkan tembok penghalang sungai yang baru dibina.



"Bagi penyelesaian jangka masa panjang bicu paip akan dibuat menyeberang sungai" katanya ketika diminta mengulas dakwaan penduduk kampung berikutan pemasangan paip di laluan sungai Pudolon yang sering banjir.


Penduduk di kawasan itu mendakwa paip yang dipasang di laluan sungai ini berisiko akan putus jika banjir berlaku.


Mereka juga bimbang ia akan diperlekehkan pihak pembangkang. Walau bagaimanapun Shahelmey berkata, pemasangan paip kekal sedang dirancang dan diperingkat kajian oleh Jurutera JKR.


Menurut Shahelmey, beliau difahamkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), paip ini hanya sementara bagi membekal air bersih di daerah ini kerana paip asal patah akibat runtuhan tanah.


"Tetapi ada pula orang yang memviralkan JANS kerja 'cincai' dengan usaha ini" jelasnya.


Beliau berharap dengan penjelasan ini, penduduk kampung faham dan memberi ruang kepada JANS melaksanakan tanggugjawab mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page