PEMBERIAN INSENTIF REBAT RAHMAH KEPADA ANGGOTA PDRM SEMPENA HARI POLIS KE-218

25 Mac 2025
PUTRAJAYA: Sempena Hari Polis Ke-218, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan PDRM.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi berkata, anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama sebulan sama ada pada bulan April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.
Manakala katanya, anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off.
“Kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
“Pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com,” katanya.
Menurutnya, pemberian insentif itu akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang anggota PDRM.
“Insentif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI bagi mengiktiraf dan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.
Senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk menerusi laman sesawang Kementerian Komunikasi di pautan:
Opmerkingen