top of page

Pembukaan Pejabat TEKUN bawa manfaat usahawan kawasan Parlimen Kimanis

nabalunews

15 Februari 2025


KIMANIS: Pembukaan pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN Nasional) akan membawa manfaat kepada para usahawan di kawasan Parlimen Kimanis.


Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, dengan adanya Pejabat Tekun di Kimanis, ia akan memudahkan masyarakat usahawan atau peniaga berurusan dengan Tekun.


“Saya pasti pembukaan pejabat TEKUN di daerah ini akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

“Usahawan tidak perlu bersusah payah ke tempat lain bagi sebarang urusan. Ia juga menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Mohamad berkata, langkah yang diambil TEKUN juga penting untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor keusahawanan di Parlimen Kimanis ini.


“Terima kasih juga kepada Datuk Ewon kerana telah mengumumkan untuk membuka sebuah ATM Bank Rakyat di daerah Membakut.

“Ini akan dapat membantu kepada perkembangan ekonomi di setempat. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.


Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, Kimanis mempunyai banyak potensi keusahawanan.


Katanya, sehingga ke hari ini, banyak produk industri kecil dan sederhana seperti pengeluaran kuih-kuih tradisional dan sektor pelancongan yang berkait rapat dengan sektor keusahawanan di Kimanis.

“Maka TEKUN hadir untuk memberikan mereka satu pemangkin yang cukup besar, bagaimana untuk maju ke hadapan dalam sektor keusahawanan ini,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page