top of page
nabalunews

Pementasan Teater Muzikal Duzung mendapat sambutan ramai


6 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Teater Muzikal Duzung adalah pementasan pertama yang mengangkat cerita lagenda masyarakat etnik Rungus atau “tangon’ yang amat popular di kalangan masyarakat Rungus.


Teater Muzikal Duzung, sebuah karya Anang Moo adalah mitos etnik Rungus yang mengisahkan tentang sekumpulan puteri laut (Duzung) naik ke daratan untuk berseronok dan salah seorang puteri Duzung tidak dapat kembali ke lautan kerana ekor yang ditanggalkannya telah hilang.


Penerbit Teater Muzikal Duzung, Vinnie Nursyahirah berkata pengisahan yang paling menarik dalam cerita ini ialah bagaimana terciptanya aksesori tembaga rungus seperti “saring”(Gelang tangan),” Lungkaki”( Gelang kaki’) dan “Ganggalung”(Rantai leher) menjadi aksesori utama yang melengkapkan pakaian menjadi sepersalinan set pakaian lengkap tradisional etnik Rungus atau the origin of hampo Rungus.


"Alhamdulillah pementasan yang berjalan selama 3 hari bermula 20 hingga 22 September 2024 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kota Kinabalu Sabah bulan lalu telah mendapat sambutan dan mendapat tontonan yang ramai.


"Feed back orang ramai sangat memberangsangkan yang mana team produksi mendapat pujian melalui pementasan ini," kata Vinnie.


Teater Muzikal Duzung dipentaskan oleh Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud( PER-KASIH) dengan kerjasama Produksi Seni Kreatif (PSK), Stage Production dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri(JKKN).


Barisan Produksi utama Vinnie Nursyahirah sebagai Penerbit, Anang Moo sebagai penulis skrip, Shah Zainal Pengarah Produksi, Penolong Pengarah Syafix Salleh, Patta Ariffin Pengurus Pentas, Ismaliza Ishak Jurulatih Pelakon, Weena Semanggang Sinografi dan Jennifer Raymond dari ARSV sebagai pereka busana.


Teater Muzikal Duzung yang dibintangi oleh pendukung watak utama iaitu pelakon Ryna Norzita, Andre Doni, Francissca Ester Nain, Rolands John dan juga dibarisi oleh pembantu pelakon lain seperti Jane Anastasia, Joe Japrin, Saiful Maun, Restmon Spevin, Prissca Loanna, Daisy Guriting, Jasmine Arora, Fifiana Christin, Faizan Ruzman, Aiman Karim, Ellen Gabriella, Debbie J, Annabelle Thailon dan ramai lagi.


Kemunculan serta penampilan khas Inai Mongulozi didatangkan khas dari Kampung Narandang, Kanibongan, Pitas, memegang watak dan memainkan peranan penting sebagai ketua Bobolizan sudah pastinya memberi jiwa dan menghidupkan pementasan teater ini lagi dengan “rinait” bahasa mantera yang asli dan unik.


Dalam pementasan ini juga telah membawakan kumpulan kebudayaan dan warisan Kanibongan iaitu barisan pemain gong dan penari veteran dari kampung Sinukab, Sulakolung dan Narandang Pitas untuk mengiringi tarian “Mongigol Sumundai” semasa pementasan.


"Tahniah semua pasukan produksi atas dedikasi merealisasikan dan menjayakan pementasan ini.


"Tahniah semua pelakon yang memberi sepenuhnya dedikasi memegang dan menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali sehingga pementasan.


"Saya berpuas hati dengan peranan semua pelakon yang telah membawa watak masing-masing dalam cerita ini," kata Vinnie.


Menurutnya sambutan yang begitu meriah adalah tanda warga Sabah memberi sokongan kepada karya ini.


"Kehadiran ramai penonton menyaksikan pementasan teater semalam membuktikan kekuatan karya dan memberi semangat kepada pasukan produksi Teater Muzikal Duzung untuk projek pementasan seterusnya.


"Semoga pementasan ini menjadi fenomena dan bakal mencetus ilham agar lebih ramai lagi penggiat seni pementasan teater untuk berkarya demi memperhangatkan lagi aktivit seni di Sabah bukan sahaja dalam seni pementasan teater tetapi juga kepada karya-karya seni yang lain.


CSemoga menjadi galakan dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang mahu bergiat dalam bidang ini untuk berkarya," katanya.


Vinnie mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan tetamu khas YB Datuk Mohd Arsad Bistari, Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, YB Tuan Riduan Rubin, Ahli Parlimen P.181 Tenom, Tuan Jasmi Raşit, Pengarah JKKN Sabah, Puan Florence John Luan, Pengurus Keningau fm serta semua tetamu VIP yang sudi hadir memberi sokongan.


Beliau turut merakamkan penghargaan atas kehadiran artis-artis tempatan seperti Fanzi Runji, Dabra Sia, Eylia Guntabid dan kehadiran pempengaruh Bony Mr Kaamatan, Sakinag, Geo Allen serta ramai lagi.


“Terima kasih warga sabahan atas sokongan padu anda semua! terima kasih kerana bersama kami membantu menghangatkan aktiviti seni dan pementasan teater ini di Sabah," kata Vinnie.

Коментарі


bottom of page