top of page
nabalunews

Pemilihan AJK baru Wanita DAP Sabah sempena konvensyen pergerakan itu pada 19 Jan di SICC



Foto - Yiska Lassan, Setiausaha Wanita DAP Sabah

16 January 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Parti Demokratik Sabah (DAP) akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) bagi penggal 2025-2027.


Setiausaha Wanita DAP Sabah, Yiska Lassan berkata, pemilihan itu diadakan sempena Konvensyen Wanita DAP Sabah yag akan diadakan pada Ahad, 19 Januari 2025 di Bilik Kinabalu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) setentak dengan DAPSY Sabah.


"Pembukaan Konvensyen Biasa Wanita ini diadakan serentak dengan DAPSY Sabah pada jam 10 pagi dan akan dipengerusikan oleh Kasthuri Patto, Naib Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan," kata dalam kenyataan hari ini.


Ucapan akan dimulai oleh Clare Taunek (Ketua Wanita Sabah), kemudian disusuli oleh Vivian Wong (Ketua DAPSY Sabah), Woo Kah Leong (Ketua DAPSY Kebangsaan), Teo Nie Ching (Ketua Wanita DAP Kebangsaaan) dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe.


Yiska berkata, Wanita DAP Sabah mempunyai 9 bahagian iaitu di seluruh Sabah iaitu Sandakan, Batu Sapi, Tawau, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Keningau dan Tenom iaitu berlaku pertambahan dua bahagian yang baru iaitu Sepanggar dan Batu Sapi pada tahun lepas.


Katanya, semua bahagian telahpun memberikan kerjasama yang sangat baik dalam proses mengisi borang penamaan calon yang sudah dikemukakan kepada DAP pusat pada 18 Disember tahun lalu.


Menurutnya, antara usul yang akan dibawakan oleh Jawatankuasa Wanita DAP Sabah adalah syor supaya 30 peratus wanita berada di peringkat kumpulan pembuat keputusan dalam parti, dan untuk mempertahankan 30 peratus penglibatan wanita sebagai calon dalam pilihanraya umum dan pilihanraya negeri.


Dalam pada itu Yiska menggesa agar semua perwakilan wanita dari 9 bahagian wanita agar tiba awal di lokasi pada 8.30 pagi bagi memudahkan proses pendaftaran.


Beliau juga mengingatkan agar mereka memakai baju parti atau baju t-shirt bewarna putih dengan skirt atau seluar panjang hitam. Selain itu para perwakilan dan pemerhati juga diminta untuk membawa kad pengenalan atau kad keahlian parti.

Tags:

Comments


bottom of page