top of page

Pemohon lesen memandu kelas berbeza hanya perlu ambil ujian teori sekali

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 3, 2023
  • 1 min read

3 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Mulai 15 September ini, pemohon lesen memandu kelas berbeza tidak perlu menduduki ujian teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) untuk kali kedua, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Beliau berkata, ini bermakna seseorang yang sudah lulus ujian teori untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengulanginya apabila mengambil lesen memandu kereta, dan sebaliknya.


"Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.


Tambah beliau, pemohon masih perlu menjalani latihan dan ujian praktikal di litar dan jalan raya secara berasingan untuk setiap kelas lessen.


Loke berkata, kaedah penggabungan itu pernah diamalkan di Malaysia sebelum ini sebelum ia diubah pada satu ketika, serta menambah sistem itu tidak akan menjejaskan tahap kekompetenan pemandu.


"Kita bawa balik sistem itu (sistem lama) gabungkan untuk mudahkan pemohon," katanya.


Beliau berkata, kaedah baru itu juga akan menjimatkan masa dan kos bagi pemohon lesen sehingga RM100.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page