top of page
nabalunews

Pemuda buat laporan Polis berhubung hantaran video di media sosial yang menyentuh isu 3R



Rahmat (tengah) bersama rakannya menunjukkan salinan laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Sandakan pada Jumaat.

11 Januari 2025

 


SANDAKAN - Seorang pemuda disini mahu pihak berkuasa berkaitan untuk membuat siasatan terhadap satu hantaran video seorang individu yang memuatnaik kandungan video di aplikasi media sosial yang seolah menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan Institusi Raja (3R) serta menghina tatacara perlantikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Jelas Rahmat Iskandar Ibrahim, 44, beliau tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Sandakan malam semalam (Jumaat) untuk meminta siasatan oleh pihak Polis berhubung penghinaan yang dilakukan di bawah Akta Hasutan dan tindakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung hantaran di media sosial berkenaan.


Tambahnya, selepas terlihat video itu ketika melayari aplikasi media sosial itu, dia merasakan individu itu seolah cuba menghasut serta memburukkan nama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Musa.


Pihaknya juga bimbang perbuatan memuatnaik kandungan media sosial itu mampu menganggu ketenteraman dan keamanan serta kesejahteraan negeri Sabah.


Sehubungan itu, beliau berharap siasatan dapat dijalankan menerusi laporan yang dibuat dimana difahamkan lebih 20 laporan sama juga telah dibuat beberapa individu di seluruh Sabah berkenaan hantaran video di media sosial oleh pemilk akaun berkenaan.

Comentarios


bottom of page