top of page

Pemuda UPKO Pusat, RTM Sabah eratkan persahabatan melalui sukan

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 20, 2024
  • 1 min read

19 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perlawanan Persahabatan bola sepak antara EXCO Pemuda UPKO Pusat dengan RTM Sabah antara wadah terbaik mengukuhkan persahabatan sempena bulan Ramadan.


Ketua Pemuda UPKO Felix Joseph Saang berkata, selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan, ia juga dapat membudayakan gaya hidup sihat.


“Antara tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan baik dengan pihak Media Massa.

“Media massa memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan berita yang sahih, tepat dan benar. Media massa juga mampu memberikan pendidikan kepada masyarakat dan berperanan penting untuk menyampaikan maklumat, informasi dan ideologi yang boleh membentuk minda masyarakat ke arah yang positif, harmoni dan makmur,” katanya.


Semalam, Exco Pergerakan Pemuda Upko Pusat mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan pasukan RTM Sabah di Stadium Likas.


Felix berkata, selain mengeratkan hubungan baik dengan pihak RTM Sabah dan media, Pemuda Upko juga mahu menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


“Terima kasih kepada RTM Sabah diatas kesempatan aktiviti tersebut sempena bulan Ramadan,” katanya.


Exco Pemuda turut memberi sumbangan peralatan sukan kepada Akademik Bola Sepak Tuubagu, Penampang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page