top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penafian: Penyalahgunaan nama SKM


 



24 Mei 2024

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerima maklumat bahawa syarikat Allstar Capital melalui hantaran laman web rasmi syarikat tersebut menggunapakai nama Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai penaung.

 

Dalam kenyataan media Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM, menafikan sebarang kaitan dengan Syarikat Allstar Capital dan syarikat ini juga tidak bernaung dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

 

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri,” kata kenyataan itu.

 

Sebarang pertanyaan, hubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia ditalian 03-2083 4000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk sebarang aduan.

 

 

Comments


bottom of page