top of page
nabalunews

Penagih tegar kena penjara 7 tahun, 3 sebatan dan 2 tahun pengawasan polis

10 Oktober 2024


SANDAKAN: Padah menagih dadah secara berulang, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan tiga kali sebatan serta diletakkan dalam pengawasan polis selama 2 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman itu.


Hukuman itu dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Zaini Fishir @ Fisal selepas tertuduh, Mohd. Hanafi Madtahil, 24, mengaku bersalahdatas pertuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 Akta yang sama dan dibaca bersama dibawah Seksyen 39C(2) ADB 1952.


Hanafi mempunyai tiga kesalahan lampau memasukkan dadah ke tubuhnya.


Ia bersabit dengan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang telah jatuh hukum pada 10 Oktober 2018 dan 05 November 2019 di Mahkamah Majistret Tuaran serta satu sabitan di bawah Seksyen 39C(1)(b) ADB 1952 pada 22 November 2021 di Mahkamah Sesyen Sandakan.


Manakala yang terbaru, dia telah didapati positif menagih dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang disahkan oleh Jabatan Patologi Hospital Duchess Of Kent Sandakan pada 16 Januari lalum


Ia susulan saringan awal air kencing yang dibuat sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sandakan terhadap Hanafi ketika dia ditahan pada 3 Januari lalu di mana dia didapati turut positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Muhammad Al Hakim Abdul Razak sementara Hanafi tidak diwakili peguam.

Comments


bottom of page