top of page

Penasihat Himpunan Bangkit Sabahan bakal diheret ke mahkamah

nabalunews

19 Februari 2025


KOTA KINABALU: Penasihat Perhimpunan Aman Himpunan Bangkit Sabahan, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa dia akan didakwa berkaitan penganjuran perhimpunan yang diadakan di Anjung Selera, Likas pada 31 Disember lalu.


Zulkarnain yang juga Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berkata, beliau amat kesal apabila pihak polis mengambil tindakan terhadapnya berhubung isu berkenaan.


"Saya selaku Penasihat Gerakan Bangkit Sabahan menerima maklumat bahawa polis Sabah akan mendakwa saya di mahkamah kerana turut serta menganjurkan perhimpunan aman ini tetapi saya berjanji akan melawan kes ini di mahkamah.


"G57 ingin menegaskan bahawa Gerakan Bangkit Sabahan tidak sama sekali gentar dengan tindakan ke mahkamah sebaliknya bercadang untuk menganjurkan perhimpunan aman yang lebih besar selepas ini bagi mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) dari serangan fitnah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Beliau turut berpandangan bahawa pihak polis sepatutnya membawa aktivis, Fahmi Reza terlebih dahulu ke mahkamah kerana menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.


"Oleh itu, G57 akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia termasuk Yang Di-Pertuan Agong untuk canpur tangan ke atas keputusan kebelakang membabitkan perhimpunan aman oleh pihak polis," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page