top of page

Pencarian Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2025 Kini Bermula

nabalunews

26 Februari 2025


TUARAN: Pencarian ratu kebanggaan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) atau lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau kembali lagi.


Terbaru, Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2025 kini membuka pendaftaran bagi para gafis dari Tuaran, Tamparuli, dan Kiulu yang ingin mencuba nasib untuk merebut gelaran berprestij itu.


Tiga gelaran utama yang bakal dipertandingkan ialah Unduk Ngadau Tuaran, Unduk Ngadau Tamparuli dan Unduk Ngadau Kiulu.

Bagi mereka yang berminat, sesi pendaftaran dan pemilihan Top Finalis akan diadakan pada 14 Mac 2025 (Jumaat) jam 8Pagi bertempat di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.


Pendaftaran dibuka secara online bermula 22 Februari hingga 8 Mac 2025. Para peserta boleh mengimbas kod QR yang terdapat dalam poster rasmi atau terus mengisi borang menerusi pautan berikut: https://forms.gle/tmenw2nYYLgGTuFx7


Pertandingan Unduk Ngadau bukan sekadar satu pertandingan ratu cantik, tetapi ia adalah penghormatan kepada legenda Huminodun, lambang pengorbanan dan kasih sayang dalam budaya Kadazan Dusun.


Acara ini memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan adat serta tradisi masyarakat Sabah.


Para peserta akan dinilai bukan sahaja berdasarkan kecantikan luaran, tetapi juga keperibadian, pemahaman tentang budaya, serta kebolehan mereka dalam mengangkat martabat warisan suku kaum masing-masing.


Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili daerah mereka dalam pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2025, yang akan diadakan sempena Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang pada Mei nanti.


Bagi sebarang pertanyaan lanjut, diminta menghubungi 012-845 3254.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page