top of page

Pendaki gunung cedera terpaksa diusung turun

nabalunews


24 Mac 2025


RANAU: Seorang pendaki yang tercedera terpaksa diusung turun oleh pasukan Bomba, hari ini.


Wanita berusia 56 tahun itu dikatakan mengalami luka di kepala selepas dipercayai tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu.


Mangsa dibawa turun dari Kilometer 7.2 hingga ke Timpohon Gate sebelum di hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi.


Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 17 anggota PBB MOSAR bersama anggota Taman-Taman Sabah serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Mangsa dilaporkan terjatuh mengakibatkan kecederaan di kepala dan tidak dapat meneruskan pendakian.


“Pasukan MOSAR bersama petugas Taman-Taman Sabah terus memberi rawatan awal kepada mangsa untuk menghentikan pendarahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah Robinson Stretcher.


“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.04,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page