top of page

Pendidikan Asas Kemajuan dan Pembangunan Negara

nabalunews

4 Mac 2025


TELUPID: Pendidikan amat penting dan merupakan tunjang asas kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.


Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beluran, Felix Joseph Saang berkata, tanpa pendidikan yang kukuh, sesebuah negara akan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan.


Katanya, pelaburan dalam pendidikan adalah langkah strategik bagi menjamin kemajuan dan kesejahteraan jangka panjang sesebuah negara.

“Pendidikan membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan beretika dengan melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing.


“Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Datuk Philip Lasimbang selaku Pengerusi YBR yang sudi turun padang memberi sumbangan kepada murid di daerah ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Wonod, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang dan Guru Besar SK Wonod, Tumis Lamiting.


Felix yang juga Timbalan Pengerusi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia berkata, program yang diadakan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang menghadapi kesukaran seperti membayar yuran sekolah, buku, atau keperluan pembelajaran lain.


“Syabas dan tahniah kepada Guru Besar Tuan Tumis Lamiting, guru-guru, ibubapa dan semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat.

“Semoga para pelajar SK Wonod akan terus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan sedikit bantuan yang telah diberikan ini akan memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada mereka,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page