top of page
nabalunews

Pendidikan kunci utama dalam membasmi kemiskinan, tingkatkan taraf hidup




13 Januari 2025


SOOK: Ketua Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) UPKO Sook, Mohd Khairy Abdulla @ Henry menekankan, pendidikan yang secukupnya kuasa untuk meningkatkan taraf hidup terutama dalam membasmi kemiskinan.


Katanya, dengan pendidikan seseorang dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam persaingan mengharungi dunia tanpa sempedan.


“Pendidikan membolehkan kita memperoleh ilmu pengetahuan. ‘Knowledge Is Power’, maka jika ramai penduduk yang berpendidikan, maka negara akan lebih maju dan sejahtera,” katanya ketika berucap diperasmian Kejohanan Olaraga SK Bunang, Sook yang ke 31 di sini, Ahad.


Khairy, menekankan kemiskinan adalah musuh utama kepada kemajuan pendidikan sesebuah negara. Membasmi kemiskinan secara langsung akan membuka peluang lebih baik untuk memajukan pendidikan anak-anak.


Malah, tegasnya kemiskinan berleluasa tanpa sebarang tindakan penyelesaian akan meningkatkan diskriminasi pendidikan kepada kanak-kanak.


“Sebab itu tumpuan utama saya di Sook ialah menjadikan pembangunan pendidikan sebagai keutamaan dari segala-galanya,”. Katanya.


Mengenai majlis itu, Khairy menekankan penglibatan murid-murid dalam olaraga kerana ia termasuk dalam Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK).


Beliau turut mahu ibubapa supaya memberi sokongan penuh kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah, khususnya melibatkan anak-anak mereka sebagai peserta.

Opmerkingen


bottom of page