top of page
Wartawan Nabalu News

Penduduk Kg.Loputung gembira jalan raya kini dinaiktaraf

23 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu Newa


TAMPARULI: Penduduk Kg.Loputung di sini, khususnya yang tinggal di Zon Masapang dan Zon Sinsibon mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas perhatian dan tindakan susulan masalah jalan yang dihadapi penduduk di sini.


Bagi wakil penduduk kampung tersebut, Edward Solibi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan menyelesaikan masalah jalan raya kampung itu.


“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyelesaikan permasalahan jalan yang dihadapi di kampung kami sekian lama.


"Jalan yang diselenggara dan dinaik taraf ini menjadi laluan utama penduduk melakukan aktiviti harian. Seperti menghantar anak ke sekolah, mengangkut hasil tani dan sebagainya.


“Penduduk tidak lagi mengalami masalah untuk melaluinya, terutamanya ketika musim hujan,” katanya.

Comentarios


bottom of page