Penduduk Kg Sayap terima bantuan kebajikan YBR
- Wartawan Nabalu News
- Dec 18, 2023
- 1 min read

18 Disember 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Yayasan Bank Rakyat melalui program I Care Kadamaian memberi bantuan kebajikan kepada dua orang penduduk di Kg Sayap baru-baru ini.
Bantuan tersebut disampaikan melalui Kelab Kebajikan Kadamaian.
Antara bantuan-bantuan yang diserahkan termasuk satu katil boleh laras, satu kerusi roda, dan bakul keperluan khas.

Program I Care Kadamaian adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kawasan Kadamaian.
Penyelaras kelab kebajikan Kadamaian, Dr. Rizoh Bosorong (PTTK 2 KUSKOP), Saikom Watis (PPM N11 Kadamaian), pegawai ADUN dan UPPM Kadamaian, serta krew Kelab Kebajikan Kadamaian turut serta dalam penyampaian sumbangan tersebut.
Comentários