top of page
nabalunews

Penduduk Labak Baru lega, jalan konkrit siap



Robert (kedua dari kanan) bersama rombongan semasa meninjau jalan konkrit Kampung Labak Baru.

14 December 2024


KENINGAU: Penduduk Kampung Labak Baru di sini, merasa lega apabila pembinaan jalan konkrit yang dinanti-nantikan oleh penduduk di kampung itu siap sepenuhnya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung ( JKKK) Kampung itu Januarius Juanis berkata penduduk kampung berterima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) atas pembinaan jalan konkrit di kampung mereka.


"Penduduk kampung juga turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin atas kesungguhannya memastikan keperluan rakyat di kawasan ini dapat dilaksanakan seperti maiktaraf jalan dan sebagainya" katanya.


Jelasnya jalan yang telah siap itu sudah tentunya memberi manfaat besar kepada penduduk Kampung Labak Baru yang sudah lama mengimpikan jalan itu.


Terdahulu Januarius mengalu-alukan lawatan kerja Robert di kampung itu yang sekali gus meninjau jalan konkrit yang memberi impak besar dalam pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan DUN Bingkor.


Sementara itu Robert yang Pembantu Menteri Kerja berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai wakil rakyat di kawasan ini bagi membantu rakyat tanpa mengira kaum, kepercayaan dan fahaman politik.


"Sebagai wakil rakyat, saya terbuka membantu setiap lapisan masyarakat di kawasan yang saya wakili" katanya.


Turut serta dalam lawatan kerjaitu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Junior Fred, Penolong Jurutera Pejabat Daerah Keningau, Roy Alfian Jamree dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Bingkor, Tinus Majip.

Comments


bottom of page