top of page

Penduduk Lega : Jalan Pertanian Sikim Lasau Minunsud Siap Diselenggara

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read


7 Mac 2025


KOTA BELUD: Jalan Pertanian Sikim Lasau Minunsud kini kembali berfungsi sepenuhnya selepas menjalani kerja-kerja penyelenggaraan selama seminggu melibatkan jarak sejauh 3.5 kilometer dan merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Touchpoint’ daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Usaha ini menandakan komitmen berterusan beliau dalam memodenkan infrastruktur luar bandar, dengan memberi tumpuan kepada peningkatan sektor pertanian dan jaringan akses desa.


Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, yang turut menetap di kampung berkenaan, mengesahkan bahawa kerja penyelenggaraan telah selesai sepenuhnya semasa melakukan tinjauan di lokasi terbabit semalam. Jalan tersebut, yang sebelum ini rosak teruk dan menyukarkan pergerakan terutama ketika musim hujan kini berada dalam keadaan lebih baik dan selamat digunakan.



Menurut clarence, kerosakan yang dialami selama ini bukan sahaja menjejaskan pergerakan kenderaan penduduk, malah melambatkan pengangkutan hasil tani ke pusat pengumpulan memandangkan

laluan ini memainkan peranan penting sebagai nadi ekonomi kepada komuniti setempat, selain menjadi laluan alternatif yang kritikal bagi kawasan pertanian sekitar.


Clarence turut menyampaikan penghargaan daripada seluruh komuniti kepada Ewon atas keprihatinan dan pendekatan inklusif beliau dalam memperkasakan infrastruktur luar bandar. Jelasnya, sokongan yang berterusan terhadap projek seperti ini membuktikan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kepimpinan Kadamaian.


Menurutnya lagi, penduduk turut berharap agar pembaikan seumpamanya dapat diperluaskan ke laluan lain di sekitar kawasan Kadamaian yang masih memerlukan perhatian. Mereka percaya bahawa dengan jaringan jalan luar bandar yang lebih baik, ekonomi desa dapat terus berkembang dan taraf hidup masyarakat akan bertambah baik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page