top of page
  • nabalunews

Penganjuran program Bahasa Kadazandusun peringkat negeri Sabah 2024 di Kadamaian Square terus menerima sokongan


9 September 2024


KOTA BELUD: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian terus komited membantu perkembangan bahasa etnik apabila menyampaikan sumbangan untuk menyokong penganjuran program Bahasa Kadazandusun peringkat negeri Sabah yang dijangka diadakan di Kadamaian Square, Taginambur, Kota Belud pada 11 hingga 12 September ini.


Bagi menyokong penganjurnya, Pemaju Mukim di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada wakil penganjur iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tamu Darat, Sulina Sandur.


Sebelum ini Ewon telah memberikan komitmen dan sokongan kepada penganjuran program Bahasa Kadazandusun peringkat negeri Sabah ini dengan sumbangan RM50,000.


Semoga dengan sokongan ini, usaha memartabatkan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda berjalan lancar.

Commentaires


bottom of page