top of page

Pengeluaran KWSP Perlu Seimbang, Bukan Beban di Usia Bersara - PM

nabalunews

4 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Langkah membuka ruang secara luas untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka sebelum sampai tempohnya adalah umpama menghukum pencarum apabila sudah beransur tua dan bersara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata KWSP ditubuhkan untuk menjamin masa depan pencarum dan prinsip yang dipegang tidak ada kelonggaran pengeluaran berlebihan kerana ianya simpanan untuk hari tua.


Katanya, beliau percaya KWSP boleh memberi pertimbangan khas untuk pengeluaran simpanan pencarum tetapi mesti melibatkan kes tertentu yang kritikal walaupun di luar syarat dan kaedah sedia ada.


“Adakalanya beberapa pengecualian dan kelonggaran diberikan dan banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan khas terutama dalam keadaan keuzuran dan sebagainya.


“Kerajaan kena melakukan keseimbangan ini di antara menyelesaikan masalah mendesak segera atau menghukum mereka tatkala bersara, dalam keadaan mereka tiada keupayaan lain,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan daripada Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) sama ada kerajaan wajar mempertimbangkan kumpulan pencarum terdesak mengeluarkan simpanan untuk meneruskan kehidupan.


Anwar berkata dividen 6.3 peratus yang diumum memberi fahaman lebih jelas kepada pencarum bahawa KWSP akan memberikan hasil lumayan kepada mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page