top of page

Pengerusi JKKK dan ahli-ahlinya perlu beretika dan berintegriti: Ellron

nabalunews


Ellron menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Pengerusi JKKK.
Ellron menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Pengerusi JKKK.

27 Mac 2025


SOOK: Setiap ahli jawatankuasa badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan agar mengutamakan budaya etika yang baik dan integriti yang tinggi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin berkata, sebagai salah satu agen perancang dan penghubung antara masyarakat dan kerajaan, Pengerusi dan Biro-Biro JKKK haruslah menerapkan budaya etika yang baik dan mengamalkan integriti tinggi semasa menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Katanya, penerapan kedua-dua nilai ini penting dalam badan JKKK agar perancangan dan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan lebih berkesan dan efisien sehingga sampai ke akar umbi.


"Anda adalah mata dan telinga kerajaan, jadi manfaatlah kepercayaan yang diberikan ini untuk menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dengan penuh komitmen dan tanggungjawab terutamanya di kampung jagaan masing-masing" katanya semasa berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN N.45 Sook Mukim Sook dan Mukim Tiulon di Dewan Masyarakat Sook pada Rabu.


Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Kerajaan pastinya menaruh harapan yang besar terhadap peranan a semua Pengerusi JKKK dalam memastikan setiap permasalahan dan keperluan akar umbi dapat disampaikan kepada agensi kerajaan yang berkaitan"


Seramai 35 orang Pengerusi JKKK bagi sesi 2025/2026 menerima watikah pelantikan pada majlis itu.


Sebilangan besar daripada bilangan ini adalah mereka yang dilantik semula dan selebihnya lantikan baru.


Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiugan dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoi dan staf UPPM Sook.


Di majlis yang berasingan pada hari yang sama, Ellron turut menyerahkan watikah pelantikan pengerusi JKKK DUN N.45 Sook kepada 37 Pengerusi JKKK untuk Mukim Dalit dan Mukim Ansip di Dewan Belia Kampung Biah Tengah.


Caption:



תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page