top of page
nabalunews

Peningkatan 31.6% kes penagihan dadah, 160,000 penagih direkodkan sehingga September



7 November 2024

 

PUTRAJAYA: Lebih 160,000 penagih dadah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga September tahun ini, menunjukkan peningkatan 31.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh, memaklumkan bahawa golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun merupakan penyumbang tertinggi dalam statistik ini dengan hampir 99,000 kes penyalahgunaan dadah dicatatkan.

 

“Rekod kami menunjukkan 95.7 peratus penagih adalah lelaki, manakala 4.3 peratus adalah wanita. Ini berdasarkan tangkapan dan rawatan di institusi kami seperti PUSPEN, Program Komuniti, dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian,” katanya.

 

Tambahnya lagi, AADK telah merawat seramai 86,195 orang sepanjang tahun ini, dalam usaha menangani isu penagihan dadah yang kian membimbangkan.

Comments


bottom of page