top of page
nabalunews

Penyampaian limau mandarin sempena Tahun Baru Cina 2025 kepada 38 jabatan dan agensi kerajaan di Sandakan



Sekitar penyampaian limau mandarin itu.

10 Januari 2025

 


SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyampaikan limau mandarin kepada 38 jabatan dan agensi kerajaan di Sandakan pada Jumaat.


Jelasnya, program tahunan itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat muhibah dan perpaduan antara pemimpin, penjawat awam dan komuniti setempat. 


Tambah beliau, dalam semangat berkongsi keceriaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pihaknya melaksanakan inisiatif mesra dengan menyampaikan mandarin oren dan kalendar Tahun 2025 wakil agensi dan jabatan yang dikunjungi dan turut disertai setiausahanya, Liau Fui Fui.


Frankie berkata, limau mandarin melambangkan tuah dan kesejahteraan, serta kalendar tahun baru, diberikan sebagai tanda penghargaan kepada peranan penting yang dimainkan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


“Tahun Baru Cina adalah masa untuk merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan keluarga tetapi juga dengan rakan-rakan dan pihak-pihak yang telah banyak berjasa kepada komuniti." Jelas beliau.


"Ini juga adalah cara kecil kami untuk mengucapkan terima kasih dan berharap tahun baru ini akan membawa rezeki dan kebahagiaan kepada semua.” Tambahnya.


Dalam pada itu, Fui Fui berkata, mereka juga menghargai usaha dan dedikasi penjawat awam dalam membantu memastikan perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar. 


"Melalui sumbangan simbolik ini, kami berharap dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.” Tambahnya.


Program itu juga diterima baik oleh semua jabatan dan agensi yang terlibat dimana mereka turut merakam ucapan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.

Comentarii


bottom of page