top of page

Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Di Kampung Gaur dan Kampung Ratau

nabalunews

3 Mac 2025


KOTA BELUD: Seramai 14 penerima dari Kampung Gaur dan Kampung Ratau, di sini, menerima bantuan bakul makanan dalam satu program kebajikan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Program berkenaan dianjurkan Persatuan Perihatin Wanita Kadamaian (PPWK) dengan kerjasama Persekutuan Wanita Gereja Seventh Day Adventist Kampung Gaur.


Bantuan diserahkan Pengerusi PPWK, Datin Saniah Tuak, yang diiringi ahli persatuan serta wakil dari Persekutuan Wanita Gereja Seventh Day Adventist Kampung Gaur.


Pengerusi PPWK, Datin Saniah Tuak berkata, tujuan utama program berkenaan adalah untuk memberi sokongan dan bantuan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya serta mereka yang terlantar sakit.


Katanya, ia bagi memastikan kehidupan harian mereka lebih selesa dan selain memberi sokongan agar mereka tidak terpinggir dari masyarakat.


“Kita berharap agar mereka tidak merasa disisihkan menerusi perhatian serta sokongan daripada masyarakat.


“Bantuan ini bukan sekadar untuk meringankan beban harian mereka, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan kita terhadap golongan yang memerlukan.


“Kami juga berharap bantuan ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Saniah berkata, program ini juga sekaligus dapat memberi sokongan kepada penjaga ataupun keluarga warga emas dan orang kurang upaya.


Sehubungan itu, Saniah merayu orang ramai agar terus menyokong usaha dan tanggungjawab dalam membantu mereka dengan penuh kasih sayang dan komitmen.


“Keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan warga emas dan orang kurang upaya merasa dilindungi dan dihargai.


“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan menggalakkan lebih ramai pihak untuk turut sama membantu,” katanya.


Menurutnya, program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama lebih banyak pihak.


Katanya, ia bagi memastikan tiada golongan terpinggir yang ketinggalan dalam menerima bantuan dan sokongan.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page