Perjumpaan bekas pelajar SMK St Cecilia tahun 1973 menggamit memori
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

13 April 2025
SANDAKAN: Perjumpaan semula beberapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Cecilia tahun 1973, mengimbau nostalgia zaman persekolahan masing-masing.
Lebih bermakna apabila salah seorang pelajar, Molly Lukose yang berhijrah ke India selepas tamat tingkatan 5 berkesempatan bertemu dengan beberapa rakan lama.
Molly yang bercuti di daerah ini berkata, dia amat gembira kerana melawat bekas sekolahnya termasuk rakan-rakannya di Sandakan.
Katanya, antara rakan yang ditemuinya ialah Veronica Chai, Marie Thien, Justine Wong, Elizabeth Chong.
“Hubungan persahabatan kami akan kekal kukuh meskipun sudah lama tidak bertemu secara bersemuka.
“Kami semua sangat gembira dapat melawat bekas sekolah bersama, hari ini,” katanya.
Sementara itu, ketika berada di sekolah berkenaan, mereka turut dibawa melawat kelas, pusat sumber sekolah, kawasan sekitar sekolah dan sekaligus mengimbas semula kenangan semasa persekolahan.
Lawatan mereka disambut Pengetua SMK Konven St Cecilia, Chung Su Kiong, Penolong Kanan Pentadbiran, Chong Fui Ha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Jamini Francis serta Ketua Bidang Pendidikan Dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Mohd Harmizie.
Comments