top of page
nabalunews

Perkataan Gerbang Sandakan dalam dwi bahasa


5 Januari 2025


SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, mencadangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk meletakkan nama Gerbang Sandakan yang baru dibina di Bandar Sandakan kepada dwi bahasa pada tanda nama Gerbang Sandakan.


Ketika ini, gerbang ini hanya mempunyai bahasa kebangsaan dan bahasa Cina pada tulisan depan dan belakang tanda nama gerbang berkenaan.


Jelas Vivian, menerusi tanda nama dwi bahasa, ia juga akan memudahkan untuk orang ramai khasnya pengunjung luar negara memahami maksud Gerbang Sandakan itu.


"Kita bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan pada masa yang sama, dwi bahasa ini juga mengikut dilihat sesuai dengan keperluan pelancongan semasa di Sandakan," jelasnya.


Gerbang berkenaan dibina oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan MPS yang juga usaha menjadi salah satu tarian baharu di daerah ini dimana lokasinya juga berhadapan dengan pasar minggu bandar itu.


Justeru, Vivian berharap melalui perkataan dwi bahasa itu, ia akan memberi kemudahan kepada orang ramai mengetahui perkataan pada gerbang itu.



Jelasnya, lagi banyak usaha diperlukan dalam menarik lebih ramai pelancong ke Sandakan selain pihaknya juga akan terus berusaha menjadikan Sandakan sebuah bandar yang terus mendapat tumpuan kunjungan ramai.



Vivian menyatakan perkara itu kepada media pada Program Makan Malam Bersama Media Sandakan di NLB Skatepark Sandakan pada Sabtu.



Hadir sama, Pengerusi Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA), James Leong dan Pengurus Sandakanfm, Sugiman Rafai.



Mengenai majlis itu, Vivian berkata, ia sebagai menghargai peranan media di Sandakan yang sentiasa menyalurkan maklumat tepat serta isu semasa kepada masyarakat selain menyampaikan keperluan rakyat seperti isu air dan bekalan elektrik serta yang lain-lain.



Gambar :



Vivian bersama media Sandakan pada majlis berkenaan.

Comments


bottom of page