top of page

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka 1 Dis

  • nabalunews
  • Nov 28, 2024
  • 1 min read


28 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kini boleh mula memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi sesi 2025/2026 apabila permohonan fasa pertama dibuka pada 1 Disember ini hingga 28 Februari 2025. 

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, permohonan fasa dua dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan. 

 

"Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang [https://matrikulasi.moe.gov.my](https://matrikulasi.moe.gov.my). Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan," menurut kenyataan itu. 

 

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran serta dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM. 

 

Program Matrikulasi merupakan laluan penting bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi tempatan.

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page