top of page
nabalunews

Persatuan Berbasikal Sabah terima sumbangan RM20,000 daripada KBS Malaysia


20 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Persatuan Berbasikal Negeri Sabah menerima sumbangan sejumlah RM20,000 daripada Menteri Belia dan Sukan (KBS) Malaysia Hannah Yeoh.


Presidennya Lenus Sampil berkata, sumbangan itu bertujuan untuk menjayakan penganjuran Pertandingan Berbasikal Sukan Sabah pada Disember ini.


“Sebagai wakil persatuan, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh kerana meluluskan segera permohonan persatuan.


“Kami juga berterima kasih kepada YB Datuk Ewon Benedick kerana memberikan sokongan kepada persatuan,” katanya dalam kenyataan, di sini.


Sumbangan itu disampaikan semasa kunjungan Persatuan Berbasikal Sabah kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, di Parlimen, kelmarin.

Comments


bottom of page