top of page
nabalunews

Persembahan 'Cuci Rasuah' bawa mesej tegas dalam sambutan Hari Kebangsaan ke-67


31 Ogos 2024

 

PUTRAJAYA: Tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, berjaya menyampaikan mesej tegas tentang kepentingan memerangi rasuah, sejajar dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menoktahkan budaya kotor itu di Malaysia.

 

Persembahan kreatif ini bukan sahaja mencuri perhatian ribuan hadirin, tetapi juga memperkukuh semangat patriotisme dan kesedaran rakyat terhadap ancaman rasuah.

 

Idea kreatif ini dicetuskan oleh Pengarah Artistik dan Konsep sambutan Hari Kebangsaan ke-67, Rosnan Nordin, yang menggunakan konsep unik di mana 515 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mempersembahkan tarian selama lima minit hanya dengan menggunakan peralatan pembersihan.

 

Persembahan ini diiringi medley beberapa lagu patriotik yang disingkatkan menjadi muzik berentak rancak, mencipta suasana yang penuh semangat di Dataran Putrajaya.

 

 

 

留言


bottom of page