top of page

Pertandingan ‘Santai Bah Mancing’ sempena Jubli Perak Bandaraya KK tawar hadiah utama RM5,000

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read


7 April 2025


KOTA KINABALU: Para peminat aktiviti memancing berpeluang menyertai pertandingan ‘Santai Bah Mancing’ anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada 19 April.


Pertandingan ini merupakan antara acara sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, dengan hadiah utama bernilai RM5,000 menanti pemancing terbaik, diikuti hadiah RM1,000 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga.


“Bah, kepada para penggemar hobi memancing, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ‘Santai Bah Mancing’ yang akan berlangsung pada 19 April 2025, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari!," menurut kenyataan DBKK.



Yuran penyertaan adalah RM80 dan peserta boleh mendaftar di dua lokasi iaitu Taman Awam Teluk Likas dan Pejabat Jabatan Penguatkuasaan DBKK bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang (rehat dari 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang).


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, peserta boleh menghubungi urus setia penganjur melalui talian 016-8053935 (Romzi), 016-2454242 (Jainis), 016-8404699 (Billy), 014-3623563 (Zikrey), 013-8545606 (Mark) atau 011-40106785 (Nick).


“Jom, daftar dan serlahkan kemahiran anda dalam pertandingan Santai Bah Mancing!” ujar kenyataan itu lagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page