top of page

PERTEMPURAN MASIH BERLAKU DI NAGORNO-KARABKH, KATA MENTERI PERTAHANAN AZERBAIJAN

nabalunews

22 OKTOBER 2020

BAKU: Pertembungan antara tentera Azerbaijan dan Armenia di Nagorno-Karabakh masih berterusan pada Khamis, lapor agensi berita Sputnik.

"Pada siang 21 Oktober dan malam 22 Oktober, pertempuran di Aghdere-Aghdam, Fizuli-Jabrayil, dan Zangilan-Gubadli masih berlaku. Kedua-dua pihak masih berbalas tembakan menggunakan senjata ringan, mortar dan meriam katak," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Azerbaijan pada Jumaat. 

Menurut Baku, tentera Azerbaijan mengawal keadaan ketika pertempuran berterusan.

Kementerian itu menambah pasukan Armenia telah berundur dari tempat dan kedudukan yang penting menuju ke kota Qubadli, yang juga dikenali Kashunik.

Pertempuran di garis sempadan di Nagorno-Karabakh bermula pada 27 September setelah kedua-dua pihak saling menuduh membuat provokasi.

Masyarakat antarabangsa meminta kedua-dua pihak untuk menyelesaikan pertelingkahan itu melalui dialog.


Yerevan dan Baku telah menandatangani dua perjanjian gencatan senjata, tetapi kedua-duanya tidak dipatuhi sebaik ia berkuat kuasa. Dalam beberapa hari lepas, pasukan Azerbaijan mencapai beberapa kejayaan penting di bahagian selatan. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page