Pertemuan Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Telupid/Tongod: Usaha Memajukan Pendidikan Tempatan
top of page
nabalunews

Pertemuan Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Telupid/Tongod: Usaha Memajukan Pendidikan Tempatan




4 Disember 2024


TELUPID: Dalam usaha memajukan lagi aspek pendidikan di Sabah khususnya di kawasan pedalaman seperti Telupid dan Tongod, Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Beluran, Felix Saang mengadakan pertemuan dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Telupid/Tongod, Albert Andau Paulus Andau, baru-baru ini.


Pertemuan ini membuka ruang untuk perbincangan mendalam, bertukar pandangan, serta berkongsi idea mengenai usaha-usaha ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan di daerah Telupid.


"Kami amat menghargai kesudian Tuan PPD meluangkan masa untuk sesi ini, yang bukan sahaja mencerminkan komitmen beliau, tetapi juga keprihatinan terhadap peningkatan kualiti pendidikan di kawasan ini.


"Harapan kami agar pencapaian akademik pelajar di daerah Telupid dapat terus diperkasa melalui inisiatif yang strategik dan pendekatan inovatif.


"Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan PPD Telupid/Tongod atas dedikasi dan usaha gigih mereka dalam meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di daerah ini," kata Felix.


Menurutnya usaha berterusan seperti ini amat penting untuk memastikan anak-anak mendapat peluang pendidikan yang terbaik, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti.


"Bersama-sama, kita mampu merealisasikan matlamat pendidikan yang lebih cemerlang untuk daerah Telupid dan seterusnya, Malaysia," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page