top of page
  • nabalunews

Pesakit buah pinggang terima bantuan kerusi roda sumbangan YBR


6 September 2024


PENAMPANG: Seorang wanita pesakit buah pinggang di Kampung Bokok Kituau di sini menerima bantuan kerusi roda sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Kumpiah @ Marry menerima bantuan kerusi roda itu yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang Bryan Matasing serta pegawai sepejabatnya Charles Liew di kediamannya, semalam.


Turut hadir, Michael Sipajon selaku Ketua Daerah Mengundi Limbanak UPKO Penampang dan Malcom selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bokok Kituau merangkap Timbalan Ketua Cawangan UPKO Kampung Kituau, Penampang.


Sumbangan ini adalah satu usaha untuk meringankan beban pesakit dan keluarganya serta mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

Comentários


bottom of page