Pesta Kaamatan Keningau akan diadakan selama tiga hari
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

25 April 2025
KENINGAU: Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Tahun 2025 akan diadakan selama tiga hari bermula pada 09 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Dataran Keningau di sini.
Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert berkata, acara kemuncaknya dan perasmiannya pada 11 Mei akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Pangliman Dr Jeffrey G Kitingan.
Rafie yang juga Pengerusi Bersama sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Tema Pesta Kaamatan tahun ini "Kaamatan Montok Toinsanan" yang bermaksud "Kaamatan Untuk Semua" dan dalam Bahasa Inggeris "Kaamatan For All" bertepatan dengan kepelbagaian kaum di negera ini.
"Tema yang dipilih oleh Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan begitu dekat dihati masyarakat yang berbilang kaum di negera ini khususnya di Sabah" katanya dalam satu kenyataan di sini.
Rafie memberitahu, pelbagai acara yang mempamerkan adat istiadat dan Kebudayaan tradisi diadakan sepanjang tiga hari Pesta itu berjalan.
Ini katanya, memberi peluang kepada setiap etnik yang terdapat di daerah ini mempamer dan mempersembahkan budaya disamping mempromosikan produk masing-masing.
Justeru itu katanya, orang ramai adalah dialu alukan datang dan melibatkan diri
dalam pelbagai acara tradisi khas dalam pesta ini.
Pelaksanaan pesta ini dikelolakan KDCA Daerah Keningau bersama dengan Pejabat Daerah Keningau.
Comments