PH dan PSM adakan mesyuarat runding kerjasama politik

1 Oktober 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan mesyuarat rasmi pada Jumaat (semalam) bagi merundingkan kerjasama politik antara PSM dengan PH.
Ali Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan yang hadir adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Democratic Action Party (DAP) Steven Sim Chee Kong, Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara (Amanah) Hasbie Muda dan Naib Presiden, United Progressive Kinabalu Organisation(UPKO) Datuk Ewon Benedick.
Manakala wakil PSM pula ialah Timbalan Pengerusi S. Arulchelvan dan Bendahari Kehormat Soh Sook Hwa.
“Ini adalah satu usaha serius antara PH dan PSM bagi memastikan suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
“Perbincangan berlangsung dengan baik dan lancar,” katanya dalam kenyataan bersama PH dan PSM, semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat Pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Comments